Ahad, 7 Ogos 2011

INFO : Apakah Minyak Kelapa Dara?

Minyak Kelapa Dara (VCO).

VCO adalah minyak kelapa yang diproses tanpa penggunaan haba atau bahan kimia di mana struktur asal dalamannya dapat dikekalkan seasli-aslinya. Berbanding dengan minyak kelapa biasa di mana haba dan bahan kimia digunakan sewaktu memproses telah mengakibatkan struktur dalamannya berubah dan membawa kemudaratan apabila kita memakannya.


Antara khasiat-khasiat VCO ;
  • Menyokong fungsi sistem imunisasi dan fungsi metabolik yang sihat.
  • Mengurangkan berat badan.
  • Menyediakan satu sumber tenaga yang segera.
  • Mengandungi kalori yang sedikit berbanding lain-lain lemak.
  • Mengandungi nutrien penting untuk kesihatan yang baik.
  • Memudahkan penghadaman dan penyerapan zat-zat makanan.
  • Membantu mengawal penyakit kencing manis, osteoporosis, penuaan pramatang dan pengerutan kulit.
  • Melembut serta melicinkan kulit.
  • Mencegah jangkitan bakteria, virus dan kulat pada kulit jika VCO disapukan pada kulit tersebut.
  • Mengurangkan risiko kanser dan aterosklerosis.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan